PETALING JAYA: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui berdepan kemurungan dan keraguan terhadap diri sendiri sepanjang lima bulan ,menjalani pemulihan akibat kecederaan. Zii Jia berada di ranking ke-52 dunia bakal membuat kemunculan semula di Kejohanan Dunia, Paris bermula hari ini mengakui tempoh jauh dari gelanggang itu merupakan detik paling sukar dalam kariernya. Bercakap kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Zii Jia mengakui dia pernah terdetik untuk berhenti bermain…