Salah anggap Arsenal pilihan utama juara EPL

Salah anggap Arsenal pilihan utama juara EPL

Mohamed Salah mempunyai persepsi positif terhadap kemampuan Arsenal musim ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang Liverpool, Mohamed Salah menyifatkan Arsenal pasukan pilihan utama untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, mengatasi pasukannya The Reds.

Musim lalu, skuad Arne Slot unggul menamatkan saingan 10 mata di depan Arsenal untuk meraih gelaran liga, namun Salah berpendapat konsistensi The Gunners memberi kelebihan besar kali ini.

“Arsenal sudah bermain bersama lima atau enam tahun, mereka kenal corak permainan masing-masing. Malah, Arteta juga sudah lama bersama pasukan. Itu satu kekuatan besar,” kata Salah kepada Sky Sports.

Liverpool akan berdepan Arsenal di Anfield hari ini, yang dianggap ujian sebenar anak buah Mikel Arteta selepas kedua-dua pasukan bermula garang berbekalkan dua kemenangan awal.

Bagaimanapun, kata Salah, Manchester City tetap kekal sebagai ancaman di bawah kendalian Pep Guardiola, namun secara peribadi beliau meletakkan Arsenal sebagai pilihan nombor satu.

“Pasukan di bawah Pep Guardiola sentiasa dianggap pilihan. Namun, pada pandangan saya, musim ini Arsenal nombor satu,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×