LONDON: Juara dunia empat kali, Max Verstappen percaya Red Bull perlu melalui satu lagi fasa pembinaan semula sebelum dapat kembali bersaing untuk kejuaraan Formula Satu (F1). Red Bull telah mengalami kejatuhan prestasi yang ketara dalam F1 tahun ini, dengan Verstappen sendiri menyifatkan jentera RB21 sebagai perlahan dan sukar untuk dipandu. Selepas 14 pusingan, pasukan dari Milton Keynes itu hanya mengumpul 194 mata, kurang daripada separuh jumlah yang mereka peroleh pada…