KANGAR: Olahraga Malaysia (MA) tidak boleh memaksa jaguh pecut negara, Muhammed Azeem Fahmi ‘berlari’ di Sukan SEA 2025 Thailand pada hujung tahun ini. Presidennya, Datuk Karim Ibrahim berkata, segala keputusan kini bergantung kepada Azeem sendiri sama ada mahu menyertai temasya dwitahunan itu atau menarik diri. Katanya, pemegang rekod kebangsaan 10.09 saat (s) itu terikat dengan perjanjian dengan Universiti Auburn selain jadual Sukan SEA bertindih dengan peperiksaannya. “Jadi kita telah serahkan…










