KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj menyifatkan Kejohanan Dunia di Paris minggu depan bakal menjadi penentu sebenar hala tuju karier pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia. Pemain berusia 27 tahun itu direhatkan lebih lima bulan akibat kecederaan buku lali sebelum kembali menggunakan ranking perlindungan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan kini jatuh merudum ke tangga ke-52 dunia. James berkata, dalam kejohanan ini apa…