PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menyiasat insiden panas di Arena Futsal Negeri Sembilan kelmarin yang didakwa membabitkan ketua jurulatih Sabah, Roger Filipe. Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya sudah meminta laporan penuh daripada pegawai perlawanan dan pengadil sebelum kes itu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib. “Kita sedang meneliti insiden pergaduhan berkenaan dan menunggu laporan rasmi. Semua maklumat yang diperoleh akan dikumpul dan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib…