LONDON: Florian Wirtz turun beraksi buat kali pertama bersama Liverpool ketika juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membenam Stoke City 5-0 dalam aksi persahabat tertutup, semalam. Dalam aksi di Pusat Latihan AXA, Kirkby itu, Wirtz yang dibeli dari Bayer Leverkusen dengan harga 116 juta pound (RM659 juta) beraksi pada separuh masa pertama untuk mengawal jentera tengah. Darwin Nunez meledak hatrik pada separuh masa pertama, manakala Rio Ngumoha turut mencetak…