KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong telah selamat menjalani pembedahan anterior cruciate ligament (ACL) di Pusat Perubatan Aspetar di Doha, Qatar kelmarin. Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh mengesahkan keadaan Tze Yong dalam keadaan baik selepas menjalani prosedur itu. “Setakat ini apa yang kami terima, semua dalam keadaan yang baik. Pembedahan pun selamat dijalankan. “Saya dimaklumkan bahawa pembedahan itu berjalan dengan lancar,” kata Kenny kepada pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, semalam. Sebelum ini BAM memaklumkan Pusat Perubatan Aspetar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya