PETALING JAYA: Selepas kekalahan mengecewakan di final Terbuka China, pasangan beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini memikul misi lebih besar iaitu memburu kejuaraan dunia kedua di Paris, Perancis pada 25 Ogos hingga 1 September ini. Gagal lagi meraih gelaran Super 1000 buat kali keenam bukan sahaja menyakitkan, malah membuka persoalan tentang kemampuan sebenar mereka menjelang pentas paling berprestij dalam kalender badminton itu. Aaron berkata fokus utama kini adalah persiapan terbaik ke Kejohanan Dunia di Adidas Arena, Paris. “Memang sedih tewas hari ini, tapi kami tak mahu terlalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya