PETALING JAYA: Detik cemas pada set pertama dijadikan pengajaran buat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjelang aksi suku akhir Terbuka China menentang pasangan tuan rumah, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, hari ini. Selepas hampir terjerat dalam perangkap gandingan China, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying semalam, mereka tekad untuk tidak mengulangi permulaan perlahan yang hampir memakan diri. Menurut Tang Jie, perubahan taktikal selepas mata ke-11 pada set pertama…







