Pearly-Thinaah akui belum capai tahap terbaik

Pearly-Thinaah akui belum capai tahap terbaik

Pearly Tan-M. Thinaah mengakui aksi mereka belum mencapai tahap yang memuaskan menjelang perlawanan suku akhir Terbuka China, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun menang mudah ke atas pasangan Jepun, Pearly Tan-M. Thinaah mengakui aksi mereka belum mencapai tahap yang memuaskan menjelang perlawanan suku akhir Terbuka China, hari ini.

Pearly berkata, pergerakan mereka agak perlahan dan banyak bergantung kepada sokongan sesama sendiri untuk mengekalkan momentum permainan.

“Kami rasa pergerakan kami agak perlahan hari ini (semalam), tetapi kami saling menyokong dan berharap dapat bermain lebih baik esok,” kata Pearly.

Bagaimanapun, Thinaah menyifatkan lawan semalam Rui Hirokami-Sayaka Hobara tetap memberi saingan, namun mereka berjaya kekal tenang dan mengawal situasi di gelanggang sebelum menang 21-17, 21-13.

Beliau menegaskan mereka perlu segera pulih daripada keletihan minggu lalu selepas menjadi naib juara Terbuka Jepun dan berbincang bersama jurulatih bagi menetapkan strategi terbaik untuk aksi suku akhir.

“Saya rasa bukan perlawanan yang mudah kerana lawan juga bagus, tapi kami saling tenangkan antara satu sama lain dan ambil alih kawalan beberapa pukulan penting,” kata Thinaah.

Kedua-dua pemain sedar keadaan angin yang tidak menentu dalam gelanggang turut memberi cabaran besar dalam menentukan strategi permainan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN