Pencapaian kuartet 4x100 meter boleh dibanggakan

Pencapaian kuartet 4×100 meter boleh dibanggakan

Manshahar Abdul Jalil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil menyifatkan pencapaian kuartet 4×100 meter (m) lelaki negara masih boleh dibanggakan walaupun menamatkan aksi final di tempat terakhir pada temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr, Jerman, kelmarin.

Kuartet negara yang dibarisi Muhammad Azeem Mohd Fahmi, Pingiran Aidil Auf Hajam, Mohammad Thaqif Mohammad Hisham dan Aliff Iman Mohd Fahimi menamatkan larian 40.19 saat (s) lebih perlahan berbanding 39.83s yang direkodkan pada pusingan pertama.

Jelas Manshahar, kuartet tersebut telah melakukan satu pencapaian apabila mereka juga hampir memecahkan rekod 39.09s yang dilakar pada Sukan SEA Hanoi 2021.

“Secara umumnya rangkaian 4x100m negara sudah mencapai satu tahap yang baharu dengan melayakkan ke final pun sudah dianggap satu kejayaan. Namun, kita dapat lihat di saingan peringkat final dan pusingan pertama adalah berbeza.

“Tekanan berbeza dan perlu melakukan keputusan segera turut memainkan peranan kepada larian. Pada pandangan saya, kuartet ini sudah melakukan yang terbaik malah catatan mereka tidak jauh dengan rekod 39.09s.

“Mereka tetap bersaing walaupun dapat nombor akhir tetapi itu tetap satu kejayaan,” katanya.

Dalam pada itu, Manshahar turut berkata dia bakal mengumpulkan atlet pecut terbaik bagi membentuk kuartet 4x100m terbaik negara untuk menghadapi Sukan SEA 2025 Thailand, Disember ini.

“Rangkaian tersebut bukanlah untuk Sukan SEA 2025 sebenarnya, yang ada dalam kuartet tersebut Azeem dan Auf, lagi dua tidak sertai WUG. Jadi, dengan rangkaian baharu, latihan mencukupi, saya akan kumpulkan atlet terbaik untuk Sukan SEA nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN