PETALING JAYA: Meskipun menang mudah ke atas pasangan Jepun, Pearly Tan-M. Thinaah mengakui aksi mereka belum mencapai tahap yang memuaskan menjelang perlawanan suku akhir Terbuka China, hari ini. Pearly berkata, pergerakan mereka agak perlahan dan banyak bergantung kepada sokongan sesama sendiri untuk mengekalkan momentum permainan. “Kami rasa pergerakan kami agak perlahan hari ini (semalam), tetapi kami saling menyokong dan berharap dapat bermain lebih baik esok,” kata Pearly. Bagaimanapun, Thinaah menyifatkan…







