PETALING JAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) hanya menanti lampu hijau daripada ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri untuk kembali menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata, pihaknya sedia memberikan apa sahaja bentuk bantuan termasuk sokongan psikologi sekiranya diperlukan atlet berusia 26 tahun itu. “Setakat ini, beliau menghubungi pihak kita untuk kembali berlatih dan kita masih menunggu sehingga beliau bersedia. “Dari segi aspek sokongan, memang pasukan terjun…