Liverpool tidak berhasrat tambah pemain baharu

Liverpool tidak berhasrat tambah pemain baharu

Pemain AC Milan, Malick Thiaw (tengah) cuba mengasak pemain Liverpool, Andy Robertson (kiri) dalam aksi persahabatan di Stadium Kai Tak, Hong Kong. kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOWLOON: Arne Slot menafikan dakwaan Liverpool perlu mendapatkan pemain baharu dalam pasaran perpindahan bagi mengatasi kekurangan pertahanan tengah sambil menegaskan dia mempunyai cukup pilihan di bahagian itu.

Joe Gomez dihantar pulang ke Merseyside untuk meneruskan pemulihan akibat kecederaan achilles sekali gus meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan hanya dua pertahanan tengah senior dalam jelajah pra-musim mereka di Asia.

Pemain tengah, Ryan Gravenberch bermain bersama Virgil van Dijk pada separuh masa pertama ketika tewas 4-2 menentang AC Milan di Stadium Kai Tak sebelum pertahanan kiri, Kostas Tsimikas bergandingan dengan Ibrahima Konate selepas rehat.

“Saya lihat ke sebelah kiri saya (ke arah Virgil van Dijk), saya rasa kami tiada masalah di posisi pertahanan tengah!.

“Dari segi kedalaman skuad, Ryan menunjukkan hari ini (kelmarin) bahawa dia boleh bermain di posisi itu. Dia pernah melakukannya musim lalu juga tetapi kita semua tahu yang dia lebih sesuai sebagai pemain tengah.

“Wata (Endo) juga boleh bermain sebagai pertahanan tengah. Gomez hanya mengalami kecederaan kecil. Dia banyak membantu kami musim lalu. Kami masih ada cukup pilihan tapi memang benar Jarell Quansah telah meninggalkan pasukan dan kami belum menggantikannya,” kata Slot.

Slot turut berkata, dia gembira dengan skuadnya ketika ini malah telah membuktikan bahawa walaupun mereka tidak membawa masuk pemain baharu pada musim lalu namun mereka masih berupaya menjuarai EPL.

“Kita boleh lihat di mana-mana sekarang, di EPL dan Eropah, semua pasukan cuba menguatkan skuad. Kalau kita buat perkara yang sama seperti musim lalu, mungkin kita tidak akan menang lagi, jadi kita kena tingkatkan prestasi pemain yang masih ada, sambil membawa masuk tenaga dan senjata baru,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×