LONDON: Liverpool semakin ghairah berbelanja bagi menguatkan pasukan menjelang aksi musim depan selepas dilaporkan bakal mendapatkan pemain Crystal Palace, Marc Guehi. Guehi yang beraksi di posisi pertahanan turut berada dalam radar Arsenal, namun dilaporkan lebih cenderung untuk berpindah ke kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak England. Tahun lalu, Palace menolak tawaran Newcastle, tetapi mereka kini kelihatan lebih terbuka untuk melepaskannya ketika Arne Slot menyasarkan satu lagi tandatangan berprofil tinggi.…