DALAM sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia, penjawat awam memainkan peranan sebagai tulang belakang negara yakni institusi yang memastikan kelangsungan pentadbiran, pelaksanaan dasar dan kestabilan perkhidmatan walaupun berlaku perubahan kerajaan. Namun, di tengah-tengah iklim politik semakin kompleks dan pertukaran kuasa yang lebih kerap, dilema kesetiaan dalam kalangan penjawat awam menjadi semakin mendalam. DINAMIKA KESETIAAN DAN KEBERANIAN PROFESIONAL Dengan landskap politik dinamik, penjawat awam berada dalam kedudukan yang lebih terdedah kepada pertindihan…