APABILA menyentuh soal keselamatan, tanggapan umum sering tertumpu kepada tugas pihak berkuasa seperti polis, tentera dan agensi penguatkuasaan undang-undang. Namun realitinya adalah lebih luas dan merentasi pelbagai lapisan masyarakat. Keselamatan negara bukan hanya bersandarkan kepada kekuatan undang-undang atau jumlah anggota keselamatan semata-mata, sebaliknya turut menuntut peranan aktif dan kesedaran kolektif seluruh rakyat. Slogan ‘Keselamatan Tanggungjawab Bersama’ yang diangkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) bukan sekadar retorik. Ia mencerminkan realiti usaha memastikan…










