PETALING JAYA: Persiapan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong untuk menghadapi Kejohanan Akuatik Dunia 2025 di Singapura berjalan lancar meskipun dibelenggu beberapa kecederaan lama. Menurut Pengarah Teknikal Terjun Kebangsaan, Yeoh Ken Nee, skuad terjun negara telah berlepas ke Singapura semalam dan dijadual memulakan sesi latihan pertama mereka di lokasi kejohanan pada hari yang sama. “Setakat ini, persiapan di Malaysia berjalan dengan baik. Untuk Pandelela, persiapannya juga dalam keadaan baik walaupun ada sedikit kecederaan ringan yang berpunca daripada kecederaan lama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Ken Nee turut menjelaskan bahawa sasaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya