LONDON: Jersi yang dipakai Peter Shilton ketika aksi suku akhir Piala Dunia 1986 menentang Argentina, terkenal dengan insiden ‘Hand of God’ oleh Diego Maradona, akan dilelong dengan nilai anggaran antara 200,000 pound (RM1.1 juta) hingga 300,000 pound (RM1.7 juta). Jersi berwarna kelabu-biru itu menjadi simbol detik ikonik bola sepak dunia dan kini antara tarikan utama dalam koleksi memorabilia yang bakal dilelong oleh firma Graham Budd sempena Piala Dunia 2026. Turut dilelong dalam majlis itu adalah pingat kejuaraan Piala Dunia 1958 milik legenda Brazil, Pele, yang dijangka bernilai hingga 500,000 pound…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya