LONDON: Pemain sayap Manchester United, Alejandro Garnacho menjadi sasaran baharu Chelsea untuk memperkukuhkan pasukan menjelang sepak mula Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini. Bagaimanapun, perpindahan Garnacho ke Stamford Bridge hanya menjadi kenyataan jika pengendali Chelsea, Enzo Maresca menjual pemain sedia ada. Christopher Nkunku dan Nicolas Jackson kemungkinan besar perlu dijual, walaupun United menurunkan yuran perpindahan yang diminta daripada 70 juta pound (RM400 juta) kepada 40 juta pound (RM228 juta). Garnacho…