Cuaca panas uji ketahanan Alcaraz, Sabalenka

Cuaca panas uji ketahanan Alcaraz, Sabalenka

Pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz memukul bola servis kepada Fabio Fognini dalam saingan tenis Wimbledon di gelanggang kelab The All England Lawn Tennis and Croquet, London, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Suhu panas mencecah 32 darjah Celsius tidak menghalang Carlos Alcaraz untuk menewaskan pemain Itali, Fabio Fognini dalam pusingan pertama tenis Wimbledon, semalam.

Pemain sensasi Sepanyol itu mencatat kemenangan ke atas Fognini 7-5, 6-7 (5/7), 7-5, 2-6, 6-1 ke atas atlet veteran berusia 38 tahun berkenaan.

Juara bertahan itu terpaksa menggagahkan diri hampir lima jam dalam perlawanan maraton yang menyaksikan beliau mempamerkan semangat kesukanan luar biasa apabila membantu penonton wanita yang rebah di Centre Court.

“Saya tak tahu kenapa ini mungkin Wimbledon terakhir Fabio, sebab dia jelas masih mampu bermain tiga atau empat tahun lagi.

“Bermain di Centre Court untuk aksi pertama kejohanan memang sukar, Wimbledon istimewa dan berbeza. Saya hanya cuba buat yang terbaik tapi saya tahu saya boleh bermain lebih baik,” kata Alcaraz.

Aksi wanita pula menyaksikan pemain No. 1 dunia, Aryna Sabalenka menggunakan ais untuk mengawal suhu badan sebelum menewaskan pemain Kanada, Carson Branstine 6-1, 7-5, sekali gus memulakan kempen dengan langkah kanan.

“Saya sangat bersyukur dapat bermain dengan sihat dan bersedia. Perlawanan pertama bukan mudah, tapi saya gembira dapat tempuhi ujian ini,” kata Sabalenka.

Cuaca panas turut menyaksikan Ons Jabeur menangis sebelum menarik diri, Daniil Medvedev mengamuk pecahkan raket dan Holger Rune tersungkur di tangan pemain ranking 143 dunia, Nicolas Jarry. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN