KUALA LUMPUR: “Kalau sudah tahu penawarnya di BAM, mengapa masih enggan mendapatkan rawatan?” Itu persoalan yang berlegar selepas prestasi beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus tenggelam, dengan episod terkini menyaksikan mereka tumbang seawal pusingan pertama Terbuka China, minggu lalu. Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj berpandangan ‘vaksin’ terbaik untuk memulihkan pasangan No.3 dunia itu hanya boleh ditemukan di Akademi Badminton Malaysia…










