LONDON: Arsenal menjadi antara kelab yang paling aktif dalam pembelian pemain sepanjang jendela perpindahan ketika ini apabila hampir pasti mendapatkan penyerang Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres. The Gunners dikatakan bersedia mengeluarkan perbelanjaan yang dianggarkan bernilai sehingga 70 juta pound (RM403.2 juta) bagi mendapatkan pemain itu. Perbincangan lanjut juga diteruskan berkaitan struktur bonus yang boleh dicapai dalam yuran perpindahan tersebut, selepas pemain berusia 27 tahun itu bersetuju dengan syarat peribadi bagi kontrak…