LONDON: Pemain tenis No. 2 dunia, Carlos Alcaraz sekali lagi menguji kesabaran peminatnya sebelum menyingkirkan Andrey Rublev untuk mara ke suku akhir Wimbledon dan terus berada di landasan bagi memburu gelaran ketiga berturut-turut. Pemain Sepanyol itu tewas dalam set pertama kepada pilihan ke-14 dari Rusia di Centre Court tetapi kembali bangkit untuk menang 6-7 (5/7), 6-3, 6-4, 6-4, dengan sorakan padu daripada penonton yang berpihak kepadanya. Permainan Alcaraz masih tidak…