MILAN: Bekas arkitek Real Madrid, Luka Modric melengkapkan perpindahan ke AC Milan dengan kontrak setahun yang boleh dilanjutkan sehingga 2027 bersama kelab Serie A itu. Kapten Croatia yang berusia 39 tahun itu disahkan penyertaannya oleh jurulatih baharu Milan, Massimiliano Allegri, awal bulan ini dan akan memakai jersi nombor 14 musim depan. Modric yang dianggap salah seorang pemain tengah terhebat sepanjang zaman, mengumumkan pada Mei lalu dia akan meninggalkan Real selepas…