Tiga kementerian pacu sukan teras bermula di sekolah  

Tiga kementerian pacu sukan teras bermula di sekolah  

Jefri Ngadirin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga kementerian akan bergabung tenaga melonjakkan pembangunan 20 jenis sukan teras bermula dari bangku sekolah sehingga ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Kerjasama strategik itu melibatkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di samping melibatkan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) ke arah membina ekosistem sukan yang lebih menyeluruh.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata, kerjasama strategik antara tiga kementerian itu sebagai satu anjakan positif susulan kelulusan senarai sukan teras oleh Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan pada 14 April lalu.

“Dahulu, banyak perbincangan dibuat di peringkat MSN sahaja, tetapi sekarang kita duduk semeja bersama KPM dan KPT untuk pastikan program pembangunan sukan teras berjalan seragam di semua peringkat.

“Yang penting, semua pihak kini bergerak atas dasar senarai sukan yang sama. Ini akan memudahkan perancangan dan pelaksanaan secara menyeluruh,” katanya dalam sidang akhbar di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.

Jefri berkata, inisiatif ini bukan hanya menyelaras program latihan dan pembangunan, malah membuka peluang kepada pembiayaan lebih efisien hasil perkongsian sumber antara kementerian.

Menurutnya, sukan yang tersenarai kini tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada dana MSN, sebaliknya boleh menerima sokongan kewangan daripada pelbagai sumber kerajaan.

Antara sukan baharu yang tersenarai ialah e-Sukan dan ping pong, yang kini menyertai barisan sukan utama sedia ada seperti olahraga, renang, bola sepak, hoki dan badminton.

Selain itu akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal (trek), boling padang, gimnastik, hoki, karate, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, ping pong, sepak takraw, silat, skuasy, taekwondo, tenpin boling dan wushu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×