“APAKAH belajar adab itu hanya untuk anak-anak yang masih dalam sekolah sahaja? Atau untuk anak-anak muda sahaja? Seorang anak sekolah masih dapat diajar guru, anak muda masih boleh disindir ayah. Tetapi orang tua siapakah yang akan mengajarnya? Siapakah yang akan berani menasihati dan menyindirnya? “Tidaklah boleh dipandang pelajaran adab itu untuk golongan yang muda-muda sahaja tetapi rata buat tiap-tiap manusia sekurangnya untuk menjadi cermin diri, untuk mengetahui kekurangan kita.” –…