PETALING JAYA: Kem renang negara memulakan kempen di Kejohanan Akuatik SEA Age Group 2025 dengan langkah cemerlang apabila perenang negara, Loo Cheng Feng menghadiahkan pingat emas menerusi acara 50 meter gaya bebas di Singapura. Loo, 17, menamatkan saingan dengan catatan masa 24.10 saat(s) sekali gus mengatasi dua pencabar utama dari Thailand, Nuntapiyawan Suphakphong (24.15s) dan Pinsanoa Thanapat (24.22s). Turut mencuri tumpuan perenang wanita negara, Aw Yuet Ting yang meraih pingat…