SHAH ALAM: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menjadi venue pembukaan rasmi Sukan Malaysia (Sukma) 2026 yang mana Selangor akan menjadi hos temasya dwitahunan tersebut. Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd. Najwan Halimi berkata, perkara itu telah diputuskan sekretariat penganjur yang bersetuju untuk mewujudkan suasana kelainan berbanding dengan kebiasaan di stadium seperti penganjuran-penganjuran sebelum ini. Katanya, dengan memperkenalkan konsep digitalisasi dalam acara pembukaan itu kelak, penganjuran kali ini akan menonjolkan…