Pembinaan kompleks sukan Bukit Merbau bermula bulan ini

Pembinaan kompleks sukan Bukit Merbau bermula bulan ini

Wan Roslan Wan Hamat -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerja-kerja pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau di Selising, Pasir Puteh yang menelan belanja berjumlah RM256 juta akan bermula bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata, mesyuarat terakhir Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah bersetuju untuk meneruskan pembinaan projek tersebut.

Menurutnya, tander untuk kerja-kerja pembinaan projek itu telah dikeluarkan pada Ogos lalu.

“Pemilihan syarikat yang akan mengendalikan pembinaan kompleks ini akan diputuskan oleh KBS. Insya-Allah pembinaan dijangka siap pada tahun 2026,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kompleks sukan ini bakal mempunyai kemudahan ruang pejabat, bilik persalinan, bilik rawatan, bilik media, bilik doping, surau dan gimnasium.

Komponen kompleks ini merangkumi  stadium utama berkapasiti 20,000 penonton yang dilengkapi dengan padang bola sepak dan trek olahraga selain arena tertutup yang boleh memuatkan 1,000 penonton dengan gelanggang pelbagai guna.

Projek tersebut telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan  kemudahan ini akan menjadi sejarah baharu buat Kelantan yang akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2026.

Kompleks ini turut dilengkapi stadium hoki dengan astaka yang berkapasiti 500 penonton serta dua buah padang, pusat skuasy dengan kapasiti 100 penonton bersama lapan gelanggang kekal dan satu gelanggang skuasy mudah alih.

Dua gelanggang lawn bowl berbumbung dengan kapasiti 200 penonton dan lapang sasar menembak dengan kapasiti 100 penonton dilengkapi dengan kemudahan ‘Indoor Shooting’ 30 meter (30 lorong), dan ‘Outdoor Shooting’ 25 meter dan 50 Meter sebanyak 15 lorong akan turut dibangunkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya