Alcaraz buru hatrik Wimbledon

Alcaraz buru hatrik Wimbledon

CARLOS ALCARAZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Carlos Alcaraz tiba di Wimbledon, England dengan satu sasaran jelas iaitu memburu kejuaraan ketiga berturut-turut sekali gus mencipta sejarah sebagai antara legenda sebenar gelanggang rumput.

Andai berjaya, pemain Sepanyol berusia 22 tahun itu bakal menyertai kelompok elit seperti Roger Federer, Pete Sampras, Novak Djokovic dan Bjorn Borg yang pernah mencatat hatrik kejuaraan di Wimbledon era Terbuka.

“Saya datang ke sini dengan satu misi, untuk menang kejuaraan ini sekali lagi. Saya tak fikir pasal statistik atau siapa pernah menang tiga kali, saya cuma nak bersedia sepenuhnya dan mulakan kejohanan dengan penuh keyakinan,” kata Alcaraz.

Alcaraz mengukuhkan kedudukannya sebagai pencabar utama selepas menjuarai Kejohanan Tenis Queen’s dan mempertahankan gelaran Terbuka Perancis dalam aksi epik menentang pemain No. 1 dunia, Jannik Sinner bulan lalu.

Dari pemain yang dulu dilabel pakar tanah liat, Alcaraz kini selesa beraksi di rumput dan menganggap permukaan itu “rumah kedua” buat corak permainan agresifnya.

Apa yang membezakan Alcaraz adalah keberanian dan kebebasan dalam permainan, yang membolehkannya bangkit dalam saat getir dan mencipta magis di gelanggang.

“Permainan di atas rumput sangat cantik, pantas dan penuh variasi. Saya sukakan ‘dropshot’, slice dan gerakan ke jaring.

“Saya sentiasa bermain dengan gembira, dan bila saya bebas, itulah masa saya main tenis paling hebat,” jelasnya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN