Zii Jia kembali panaskan gelanggang Terbuka Jepun 

Zii Jia kembali panaskan gelanggang Terbuka Jepun 

Lee Zii Jia terpaksa menarik diri pada aksi penentuan menentang pemain Taiwan, Lin Chun Yi pada aksi pusingan pertama China Masters, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia menangguhkan hasrat untuk beraksi di Terbuka Amerika Syarikat (AS) bulan depan sebaliknya menyasarkan kemunculan semula pada Terbuka Jepun pada 15 hingga 20 Julai ini.

Pemain No. 10 dunia itu mengakui proses pemulihannya tidak secepat dijangka dan tidak mahu mengulangi kesilapan lalu apabila terburu-buru kembali ke gelanggang sebelum cergas sepenuhnya.

“Saya rasa, menuju ke pemulihan saya, melihat Terbuka AS, saya rasa ia agak cepat.

“Jadi, sekarang kemungkinan akan menangguhkan untuk kembali ke gelanggang. Mungkin saya akan bermain Terbuka Jepun dan China (22-27 Julai),” kata Zii Jia kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) di sini, semalam.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu sebelum ini memberi bayangan bahawa beliau akan kembali ke gelanggang pada Terbuka AS selepas kecederaannya semakin teruk pada Kejohanan Badminton All England pada Mac.

Zii Jia sebelum ini mengalami kecederaan buku lali kanan pada Jelajah Dunia Akhir pada Disember dan kini berada dalam tempoh rehat tiga bulan menggunakan keistimewaan perlindungan ranking yang diberikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Bagaimanapun, jaguh berusia 27 tahun itu tidak mahu mengambil risiko seperti insiden di All England Mac lalu yang menyaksikan kecederaannya bertambah buruk selepas ‘comeback’ yang terlalu awal.

Zii Jia menegaskan bahawa kecederaan kali ini tidak serius, namun cukup untuk meyakinkannya agar tidak mengulangi kesilapan sama demi memastikan karier jangka panjangnya tidak terjejas.

“Kali ini saya nak berurusan (kecederaan) dengan sangat-sangat hati-hati. Dengan pengajaran kali terakhir di All England tu, terlalu cepat saya mahu kembali ke gelanggang.

“Jadi, saya rasa lebih baik hati-hati sikit. Saya ambil masa berehat dan akan kembali semula bila betul-betul bersedia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN