Umar terlepas naik podium

Umar terlepas naik podium

UMAR OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat pelari jarak jauh negara, Umar Osman untuk menaiki podium tidak kesampaian apabila menamatkan final 400 meter (m) di kedudukan terakhir dalam Kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Gumi, Korea Selatan semalam.

Umar yang juga juara Sukan SEA 2023 menamatkan larian 46.25 saat (s) sekali gus menjadi catatan terbaiknya pada musim ini.

Tempat pertama dimenangi oleh pemenang perak Sukan Asia 2022 Hangzhou, Ammar Ismail Yahia Ibrahim dari Qatar selepas melakukan catatan masa 45.33s.

Pingat perak pula dimenangi pelari dari Jepun, Kentaro Sato yang melakukan catatan masa 45.50s manakala gangsa menjadi milik Kalinga Kumarage Hewa Kumarage dari Sri Lanka (45.55s).

Dalam pada itu, pelari pecut negara, Jonathan Nyepa terkandas di separuh akhir dua dalam acara 100m selepas menamatkan lariannya di tangga tercorot dengan catatan masa 10.73s.

Bagi acara 100m berpagar lelaki pula menyaksikan dua wakil negara, Mohd Rizzua Haizad Muhamad dan Mohamad Armin Azhryl Abdul Latif tersingkir di peringkat saringan.

Mohd Rizzua menamatkan larian di tempat kelima dengan catatan masa 14.08s dalam saringan dua manakala Armin berjaya melakukan catatan peribadi terbaiknya musim ini iaitu 13.85s di tempat ketiga dalam saringan tiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN