PETALING JAYA: Pelari jarak jauh negara, Umar Osman mencipta sensasi apabila dijadual beraksi dalam final bagi acara 400 meter (m) lelaki di Kejohanan Olahraga Asia (ATF), Gumi, Korea Selatan, hari ini. Atlet dari Johor itu mara ke final selepas menamatkan saingan separuh akhir di tempat ketiga dengan catatan masa 46.73 saat (s) setelah Ammar Ismail Y Ibrahim dari Qatar menduduki tempat pertama (46.05s) manakala tempat kedua menjadi milik Kentaro Sato dari Jepun (46.19s). Terdahulu, Umar mara ke separuh akhir selepas menamatkan saringan ketiga di tempat ketiga setelah melakukan catatan masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya