Terbuka Thailand jadi penentu  

Terbuka Thailand jadi penentu  

Pearly Tan-M. Thinaah menewaskan gandingan Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu 22-24, 21-8, 21-17 dalam aksi separuh akhir Terbuka Arctic di Vantaa, Finland, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam diam, beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah mungkin sedang melancarkan protes senyap paling berani pernah dilihat dalam sejarah badminton wanita negara.

Tatkala Persatuan Badminton Malaysia (BAM) belum lagi menyemak semula kontrak, pasangan beregu wanita No. 4 dunia itu juga masih berdiam diri daripada sebarang kenyataan.

Dengan Terbuka Thailand berlangsung minggu ini dan mereka tampil selaku pilihan utama yang bukan sekadar memburu gelaran, tetapi mungkin mencatur kedudukan dalam rundingan masa depan.

Kemenangan di Bangkok bukan sekadar gelaran Jelajah Dunia keempat, malah mampu menjadi ‘tiket kuasa’ dalam percaturan bersama BAM.

Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek berkata, kelewatan Pearly-Thinaah menjawab tawaran kontrak memberikan bayangan jelas bahawa mereka sedang mendiamkan diri secara strategik, sekali gus memburukkan lagi hubungan dua hala itu.

Menurutnya, Terbuka Thailand bakal menjadi faktor penting untuk BAM mempertimbangkan semula syarat kontrak jika pasangan itu mencapai keputusan memberangsangkan.

“BAM perlu biar Pearly-Thinaah buat keputusan sendiri, sama ada mahu kekal atau jadi pemain bebas.

“Dengan beberapa pasangan terbaik dunia tidak menyertai kejohanan ini, Pearly-Thinaah harus memanfaatkan peluang keemasan ini.

“Saya percaya jika keputusan mereka di Bangkok sangat baik, BAM mungkin akan buka mata dan mula menilai semula syarat kontrak tersebut,” kata Razif kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN