PETALING JAYA: S. Sivasangari bukan sekadar melakar sejarah dalam kariernya, tetapi, dia juga muncul pemain skuasy Malaysia pertama mara ke suku akhir selepas kali terakhir Datuk Nicol David berbuat demikian pada 2017 di Kejohanan Dunia, Chicago, Amerika Syarikat (AS), semalam. Memegang status selaku pemain No. 9 dunia, Sivasangari mempamerkan prestasi baik membenam cabaran wakil tuan rumah, Amanda Sobhy yang menghuni ranking No. 8 dunia 11-8, 14-12, 11-6 dalam masa 34…










