Selangor FC harap Mickey dapat keadilan 

Selangor FC harap Mickey dapat keadilan 

FAISAL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC berharap Faisal Halim mendapat keadilan sewajarnya apabila kes simbahan asid yang menggemparkan negara Mei tahun lalu diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon tetap menaruh kepercayaan penuh terhadap pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Katanya, pada masa yang sama pihak pengurusan terus memberikan sokongan kepada pemain berusia 27 tahun itu untuk meneruskan kerjayanya dalam dunia bola sepak.

“Kami tidak mempunyai sebarang komen lanjut mengenai isu ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Bagi pihak kelab, kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada Faisal.

“Kami turut berharap beliau akan mendapat keadilan sewajarnya, Insya-Allah. Kami juga sentiasa mendoakan agar Faisal kembali kepada prestasi terbaik demi kepentingan kelab dan skuad kebangsaan,” katanya.

Walaupun persoalan siapa pelaku sebenar masih belum terjawab, kesetiaan dan solidariti Selangor FC terhadap Faisal atau turut dikenali dengan panggilan Mickey kekal utuh di mana ramai peminat berdiri di belakangnya.

Menerusi laporan akhbar ini kelmarin, peguam bela yang mewakili Faisal memaklumkan kes berkenaan sudah diklasifikasi sebagai NFA dan situasi itu nyata mengecewakan pemain kebangsaan itu.

Menurut peguam, Mohd Haijan Omar, keputusan Jabatan Peguam Negara meletakkan kes itu dalam kategori NFA tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya akan terus mendesak agar kes tersebut dibuka semula.

Faisal diserang oleh dua individu tidak dikenali di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli belah di Damansara.

Dalam kejadian itu, pemain kelahiran Pulau Pinang itu mengalami kecederaan serius dan terpaksa menjalani empat kali pembedahan selepas kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×