Revolusi Harimau Malaya bukan jaminan menang

Revolusi Harimau Malaya bukan jaminan menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Revolusi yang dilakukan skuad kebangsaan ketika ini bukanlah jaminan buat Harimau Malaya melakar kemenangan ke atas Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun ini.

Pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski berkata, beliau sedar tugas berat menanti skuad kebangsaan dan rekod pertemuan juga menyaksikan kali terakhir Malaysia menang ialah pada Piala ASEAN 2014.

“Kita tidak pernah tewaskan Vietnam selama sedekad dan sudah tentu ia berikan motivasi buat pasukan. Ramai ingat kita boleh menang, tetapi kena kena perlu kekal realistik dan merendah diri.

“Dalam 16 aksi terakhir, kita hanya menang dua kali ke atas mereka. Jadi, cabaran buat pasukan untuk mengubah sejarah,” kata pengendali kelahiran Australia itu.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia menang ke atas Vietnam adalah ketika aksi separuh akhir Piala ASEAN 2014 dengan pasukan yang dibimbing oleh Datuk Dollah Salleh meraih keputusan 4-2.

Namun, lapan aksi kompetitif berikutnya berakhir dengan tujuh kekalahan dan satu keputusan seri ke atas Vietnam yang menduduki ranking ke-109 dunia ketika ini.

Ketika ini, Malaysia dan Vietnam berkongsi tiga mata, namun skuad Naga Emas mengungguli carta Kumpulan F dengan kelebihan jaringan selepas membelasah Laos 5-0 dalam aksi pertama.

Harimau Malaya pula menang 2-0 ke atas Nepal dalam aksi pembukaan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang juga merupakan perlawanan pertama era baharu dibawah kendalian Cklamovski.

Saingan kelayakan pada edisi kali ini menyaksikan hanya juara kumpulan sahaja akan layak ke Piala Asia 2027, maka Malaysia tidak boleh melepaskan sebarang mata sekiranya memasang impian untuk beraksi di Arab Saudi nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN