Norris hampiri pendahulu Formula Satu

Norris hampiri pendahulu Formula Satu

Pelumba pasukan McLaren, Lando Norris mengangkat tangannya sebaik keluar dari kereta selepas menjuarai Grand Prix Monaco di litar Monaco, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO: Pelumba McLaren, Lando Norris tersenyum puas apabila berjaya merapatkan jurang mata dengan pendahulu kejuaraan juga rakan sepasukannya, Oscar Piastri kepada tiga mata apabila menjuarai Grand Prix (GP) Monaco kelmarin.

GP Monaco memperkenalkan peraturan baharu di mana setiap pemandu diwajibkan berhenti dua hentian pit, Norris berjaya kekal fokus pada tugasnya yang memulakan perlumbaan di petak utama melakar kemenangan keenam dalam kariernya.  

Norris membuktikan dirinya layak meraih kemenangan pertamanya itu pada musim ini dengan menamatkan perlumbaan 3.131 saat (s) di hadapan pemandu Ferrari, Charles Leclerc, Piastri di tempat ketiga manakala juara dunia empat kali, Max Verstappen di tempat keempat.

“Ia rasa menakjubkan. Ia adalah perlumbaan yang panjang dan memenatkan, tetapi menyeronokkan. Kami boleh menekan sepanjang perlumbaan tetapi dalam suku terakhir, saya agak gementar dengan Charles di belakang dan Max di hadapan.

“Namun, kami menang di Monaco dan tak kisah bagaimana anda menang. Bagi saya, hujung minggu yang menakjubkan. Ini adalah impian saya sejak kecil dan saya telah capai salah satu impian itu,” kata Norris.

Norris menjadi pemandu McLaren pertama meraih kemenangan di Monaco sejak Hamilton pada musim pertama kejuaraan dunianya pada tahun 2008.

Sementara itu, Leclerc terpaksa akur dengan kekalahan tersebut malah mengakui berasa kesal kerana membiarkan Norris merampas petak utama dalam sesi kelayakan. 

“Kami sepatutnya lakukan kerja yang lebih baik. Lando melakukan kerja yang lebih baik dan layak menang. Saya capai impian masa kecil saya tahun lepas, tapi bukan kali ini.

“Saya tak jangka perkara ini sebenarnya dan ia adalah hujung minggu yang baik secara keseluruhan, tetapi saya harap saya menang,” kata Leclerc. – AFP/UTUSAN

Keputusan Grand Prix Monaco

  1. Lando Norris (GBR/McLaren) 78 pusingan
  2. Charles Leclerc (MON/Ferrari) +3.131s 
  3. Oscar Piastri (AUS/McLaren) 3.658s 
  4. Max Verstappen (NED/Red Bull) 20.572s 
  5. Lewis Hamilton (GBR/Ferrari) 51.387s 
  6. Isack Hadjar (FRA/RB) 1 pusingan 
  7. Esteban Ocon (FRA/Haas) 1 pusingan 
  8. Liam Lawson (NZL/RB) 1 pusingan 
  9. Alexander Albon (THA/Williams) 2 pusingan 
  10. Carlos Sainz (ESP/Williams) 2 pusingan 
  11. George Russell (GBR/Mercedes) 2 pusingan 
  12. Oliver Bearman (GBR/Haas) 2 pusingan 
  13. Franco Colapinto (ARG/Alpine) 2 pusingan 
  14. Gabriel Bortoleto (BRA/Sauber) 2 pusingan 
  15. Lance Stroll (CAN/Aston Martin) 2 pusingan 
  16. Nico Hulkenberg (GER/Sauber) 2 pusingan 
  17. Yuki Tsunoda (JPN/Red Bull) 2 pusingan 
  18. Kimi Antonelli (ITA/Mercedes) 3 pusingan 

 

Tidak menamatkan perlumbaan

  1. Pierre Gasly (FRA/Alpine) 
  2. Fernando Alonso (ESP/Aston Martin)

 

Pemandu

  1. Oscar Piastri (AUS) 161  
  2. Lando Norris (GBR) 158 
  3. Max Verstappen (NED) 136 
  4. George Russell (GBR) 99 
  5. Charles Leclerc (MON) 79 
  6. Lewis Hamilton (GBR) 63 
  7. Kimi Antonelli (ITA) 48 
  8. Alexander Albon (THA) 42 
  9. Esteban Ocon (FRA) 20 
  10. Isack Hadjar (FRA) 15 
  11. Lance Stroll (CAN) 14 
  12. Carlos Sainz (ESP) 12 
  13. Yuki Tsunoda (JPN) 10 
  14. Pierre Gasly (FRA) 7 
  15. Nico Hulkenberg (GER) 6 
  16. Oliver Bearman (GBR) 6 
  17. Liam Lawson (NZL) 4 
  18. Fernando Alonso (ESP) 0 
  19. Jack Doohan (AUS) 0 
  20. Franco Colapinto (ARG) 0 
  21. Gabriel Bortoleto (BRA) 0

Pengeluar

  1. McLaren 319 
  2. Mercedes 147 
  3. Red Bull 143 
  4. Ferrari 142 
  5. Williams 54 
  6. Haas 26 
  7. RB 22 
  8. Aston Martin 14 
  9. Alpine 7 
  10. Sauber 6 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×