PETALING JAYA: Di sebalik pencapaian cemerlang Hakim Danish Ramli di pentas Eropah musim ini, pelumba muda negara itu masih bergelut dengan masalah dana termasuk perbelanjaan bagi tiket jemputan ke perlumbaan MotoGP. Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, masalah tersebut berlaku sejak awal tahun ini dan dengan penyertaan Hakim Danish pada Kejohanan Dunia FIM JuniorGP bebanan kewangan untuk pelumba terbabit bertambah. “Kita juga perlu mencari dana tambahan untuk menanggung kos…