Cedera bukan alasan tidak bangkit - Jun Hao 

Cedera bukan alasan tidak bangkit – Jun Hao 

Leong Jun Hao perlu lebih konsisten dalam setiap kejohanan yang disertainya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao menegaskan kecederaan tangan yang dialami semasa menyertai kempen Piala Sudirman 2025 minggu lalu bukan halangan untuk dia tampil lebih konsisten bermula di Terbuka Thailand, minggu depan.

Pemain berusia 26 tahun itu mengakui hanya mengalami sedikit ketidakselesaan di tangan kanan, namun tetap bersemangat meneruskan latihan penuh di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

“Tiada apa yang serius, hanya rasa kurang selesa. Tapi saya okey dan bersedia untuk beraksi lagi.

“Saya mahu gunakan kejohanan akan datang untuk tunjuk prestasi lebih stabil dan cari rentak terbaik musim ini,” kata Jun Hao ketika ditemui selepas sesi latihan di ABM, semalam.

Jun Hao sebelum ini mencuri tumpuan apabila mengejutkan pemain utama Jepun, Kodai Naraoka dalam aksi berkualiti tinggi ketika Piala Sudirman.

Namun dia turut mengakui perlu meningkatkan aspek konsistensi selepas tunduk kepada pemain No.1 dunia dari China, Shi Yu Qi dengan keputusan 6-21, 14-21.

“Ketika berdepan Xie Yuxi, segalanya berbeza kerana cabaran lebih sukar dan dia sangat konsisten malah berbeza dengan pemain lain. Saya belajar bagaimana untuk berdepan permainan seperti itu.

“Saya rasa saya lebih baik kali ini, terutama dalam mata-mata penting. Itu jadi perbezaan besar berbanding sebelum ini,” katanya.

Selepas Terbuka Thailand, Jun Hao akan menyertai tiga kejohanan berturut-turut di Malaysia Masters pada 20 hingga 25 Mei, Terbuka Singapura (27 Mei hingga 1 Jun) dan Terbuka Indonesia (3-8 Jun) dalam usaha mengumpul mata dan memperbaiki ranking. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×