PERANAN wanita tidak hanya tertumpu di peringkat domestik semata-mata tetapi turut meliputi pentadbiran organisasi di pelbagai peringkat portfolio di samping dalam tadbir urus sesebuah negara termasuk bidang pertahanan yang banyak dipelopori kaum lelaki. Sistem sokongan yang sistematik dan mampam melonjakkan kredibiliti dan kemampuan wanita sebagai ikon yang membawa impak positif. Seiring dengan perkembangan zaman, wanita kini diangkat sebagai pemimpin yang mampu membawa perubahan dalam strategi pertahanan negara. Kepimpinan wanita mula…