Sze Fei-Izzuddin ‘wajib’ tamatkan kemarau kejuaraan

Sze Fei-Izzuddin ‘wajib’ tamatkan kemarau kejuaraan

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani menjadi sandaran pada Kejohanan Badminton Asia 2025 di Ningbo, China. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 1 negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadi sandaran utama untuk menamatkan kemarau kejua­raan Malaysia pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China.

Malaysia kali terakhir muncul juara beregu lelaki di kejohanan itu menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada 2007.

Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek berkata, sudah tiba masanya Sze Fei-Izzuddin menebus kekecewaan di Seluruh England bulan lalu dengan menjulang kejuaraan berprestij itu.

“Saya mahu mereka perbaiki segala kelemahan di Seluruh England dan fokus mencari kejuaraan di Ningbo.

“Mereka sudah berada pada tahap tertinggi dunia, jadi inilah masa terbaik untuk buktikan kemampuan sebenar dan tamatkan kemarau kejuaraan Asia,” kata Razif kepada Utusan Malaysia, semalam.

Pasangan No. 2 dunia itu dijangka berdepan cabaran getir di pusingan pertama menentang gandingan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi hari ini yang mana pernah menewaskan mereka tiga kali sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Razif percaya Sze Fei-Izzuddin mampu memanfaatkan momentum dan pengalaman terkini untuk menamatkan kemarau kejua­raan Asia selepas hampir 18 tahun.

“Saya percaya mereka ada kelebihan dan pengalaman untuk hadapi tekanan perlawanan seperti ini kerana mereka sudah buktikan keupayaan di pentas besar sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN