Super Series 'wajib' untuk atlet sebelum ke Sukan SEA 

Super Series ‘wajib’ untuk atlet sebelum ke Sukan SEA 

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Olahraga Malaysia (OM), Datuk Seri Shahidan Kassim mahu semua atlet negara menjadikan kejohanan Super Series sebagai medan wajib sebelum ke  Sukan SEA.

Beliau berkata, penganjuran Super Series tahun ini akan memberi lebih banyak peluang kepada atlet pelapis negara membiasakan diri dalam suasana pertandingan kompetitif.

Shahidan berkata, enam pusingan Super Series akan diadakan di seluruh negara dengan penyertaan atlet tempatan serta antarabangsa bagi menguji kemampuan atlet Malaysia.

“Super Series ini adalah ruang terbaik untuk atlet muda merasai pengalaman bertanding sebelum kita ke SEA Games, Sukan Asia, Komanwel atau Olimpik,” katanya.

“Kita tidak mahu atlet kita hanya fokus latihan tanpa pertandingan kerana di pentas besar nanti mereka perlu bersedia dari segi mental dan taktikal,” kata Shahidan kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam.

Enam acara Super Series itu akan dijalankan di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sabah, dan Melaka, manakala Pulau Pinang dan Selangor akan mengadakan acara lontar dan lompat.

Shahidan berkata, usaha ini juga sebagai jawapan kepada rungutan atlet sebelum ini yang mendakwa kekurangan kejohanan tempatan untuk mengukur prestasi.

Sementara itu, Shahidan memaklumkan penyertaan pasukan olahraga Jerman dalam OM International Meet di Stadium Merdeka bakal menjadi tumpuan utama tahun ini.

“Satu tempat yang kita mengidam-idamkan (Stadium Merdeka) saya ingat sudah dekat 20 tahun tak masuk ke situ. Walaupun tempat ini adalah tempat kami untuk bertanding.

“Ini akan memberi ruang kepada atlet kita untuk bertanding dengan lebih hebat di peringkat antarabangsa, tapi bukan di luar negara, sebaliknya di Malaysia kerana SEA Games permainan kita ini dari segi cuacanya adalah seperti di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN