PETALING JAYA: Ketua jurulatih Selangor FC, Kinoshi Katsuhito menyifatkan musim 2024/25 sebagai satu pencapaian yang baik buat pasukan kendaliannya, namun menegaskan bahawa perjuangan mereka masih jauh. Katanya, walaupun musim ini dilihat mencabar terutama dalam menguruskan perlawanan kompetitif dan kestabilan pasukan, beliau tetap berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan barisan pemain, termasuk pemain tempatan dan antarabangsa. “Sebelum saya terima tawaran Selangor, saya sendiri tidak pernah periksa kelab ini secara mendalam. Namun, selepas…