Saya hilang kata-kata - Jurulatih Kedah  

‘Saya hilang kata-kata’

Penyokong Ultras Kedah masih setia menyokong pasukan mereka walaupun Kedah Darul Aman FC menghadapi musim yang sukar. - IHSAN KDAH DARUL AMAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Victor Andrag kehilangan kata-kata apabila diminta merumuskan perjalanan pasukan itu musim ini. 

Sambil beberapa kali mengesat air mata, Victor dalam nada suara tersekat-sekat berkata, cukup sukar buatnya untuk membuat kesimpulan sepanjang musim ini. 

“Saya hilang kata-kata dan anda boleh lihat berapa lama kami bergelut serta melalui perjalanan ini bersama sebagai sebuah keluarga. Tiada kata-kata untuk rumus apa yang kami lalui kerana semua yang ditunjukkan oleh pasukan baik dalam dan luar padang, jelas menampakkan siapa diri kami sebenarnya. 

“Tiada apa yang boleh katakan kerana saya sentiasa menghargai titik peluh pemain sama ada di tengah padang, atau sewaktu latihan. Bukan mudah untuk saya terangkan apa yang kami lalui sepanjang musim ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas seri 1-1 dengan Sabah FC. 

Victor bagaimanapun memuji para pemainnya yang disifatkan telah memberikan aksi terbaik, di sebalik segala kekurangan yang ada pada mereka. 

Katanya, bukan mudah untuk para pemain bangkit menunjukkan aksi yang baik, setelah mereka tewas dengan jaringan besar dalam dua perlawanan terakhir yang dilalui sebelum ini. 

“Tetapi hari ini para pemain jelas menampilkan aksi terbaik hingga mampu mendahului pasukan lawan. Sejak saya mengambil alih pasukan ini November lalu, perjalanannya sentiasa sukar tetapi saya sentiasa cuba bercakap dengan pemain untuk kami mengharungi perjuangan ini,” katanya. 

Sementara itu ditanya mengenai kehilangan penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad dalam skuad itu kebelakangan ini, Victor berkata, dia tidak dapat menjawab soalan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×