PETALING JAYA: Percaturan pengendali Sabah FC, Martin Stano menggunakan pemain muda dalam aksi terakhir Liga Super memakan diri apabila tumpas 0-1 kepada Perak FC. Lebih memeritkan jaringan kemenangan skuad kendalian Yusri Che Lah terhasil menerusi jaringan sendiri kapten Sabah FC, Rawilson Batuil pada minit ke-27. Menurut Stano, keputusan yang memihak kepada Perak FC pada perlawanan di Stadium Likas itu meranapkan sasarannya untuk menamatkan musim ini dengan kemenangan selepas berjaya mengembalikan…










