Perak hanya sertai  Liga Super musim depan?

Perak hanya sertai  Liga Super musim depan?  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC berkemungkinan hanya menyertai Liga Super pada musim depan berikutan dipercayai menghadapi kesulitan kewangan. 

Sumber dalaman pasukan itu berkata, tindakan itu mungkin diambil untuk mengelak masalah berbangkit. 

“Itu tindakan yang munasabah dilakukan Perak FC dalam keadaan sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika keputusan diambil kira, bererti Perak FC tidak akan mempunyai wakil dalam kategori Piala Presiden serta kejohanan peringkat umur seperti sebelum ini. 

Katanya, syarikat yang memegang saham majoriti kelab, XOX Pro Sport Sdn Bhd sudah melakukan segala usaha untuk membantu pasukan berkenaan.

“Dari segi XOX sendiri, kita pun sudah membelanjakan wang begitu besar. Dalam tiga tahun ini, adalah dalam kira-kira RM30 juta dan ia merupakan duit kami sendiri.

“Kita sudah tiba ke tahap maksimum dan mengharapkan mereka yang sudah memberi komitmen untuk bantu, 

Katanya, XOX juga sedang mencari jalan bagi menyelesaikan tunggakan gaji itu agar beban kewangan mereka yang terbabit berakhir. 

Sebelum ini Perak pernah mengalami masalah tunggakan gaji pemain hingga menyaksikan perpindahan ramai daripada mereka pada 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×