IPOH: Perak FC berkemungkinan hanya menyertai Liga Super pada musim depan berikutan dipercayai menghadapi kesulitan kewangan. Sumber dalaman pasukan itu berkata, tindakan itu mungkin diambil untuk mengelak masalah berbangkit. “Itu tindakan yang munasabah dilakukan Perak FC dalam keadaan sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia. Jika keputusan diambil kira, bererti Perak FC tidak akan mempunyai wakil dalam kategori Piala Presiden serta kejohanan peringkat umur seperti sebelum ini. Katanya, syarikat yang memegang saham…